Selama 20 tahun, EC Innovations telah memperkasakan komunikasi untuk banyak syarikat multinasional terkemuka. Kini, EC Innovations telah berkembang menjadi 3 ibu pejabat serantau (Beijing, Budapest dan Wilmington) dan 11 pejabat satelit yang mempunyai kedudukan strategik, dengan lebih 5,000 ahli bahasa yang menawarkan sokongan penyetempatan penuh ke dalam 60+ bahasa dan 260 tempatan.
Dengan penyelesaian Automasi Proses Penyetempatan (Localization Process Automation, LPA), bakat, pengalaman dan kepakaran kami serta perkhidmatan yang datang tulus dari hati, EC Innovations membantu anda memasuki pasaran global secara efektif.
Kepuasan Pelanggan
Ahli bahasa
Dukungan Bahasa
Top 50 Global
Kualiti adalah asas budaya kami dan untuk itu, EC Innovations menggunakan Sistem Pengurusan Kualiti yang diperakui ISO 9001 & ISO 17100, serta Program Anugerah & Kelayakan Linguistik yang sangat dipandang tinggi, yang mana semua ahli bahasa kami diwajibkan lulus. Metodologi yang telah terbukti, teknologi yang termaju dan standard kualiti tinggi adalah ciri-ciri yang membezakan kami dengan para pesaing kami. Perkhidmatan cemerlang kami telah membantu kami membentuk satu hubungan jangka masa panjang dengan banyak syarikat Fortune 500 terkemuka dunia termasuklah Siemens, Rockwell Automation, GE, SAP, Info, Hewlett Packard Enterprise, Waters, Agilent Technologies, serta bintang-bintang yang baharu bersinar seperti EA, Gameloft dan Games Workshop.
Di EC Innovations, pekerja kami adalah kekuatan terbesar kami dan kelebihan daya saing yang paling bertahan lama. Sebagai sebuah syarikat bertaraf dunia, kami mengambil bakat-bakat dari seluruh dunia. Para pekerja kami mempunyai pengalaman, latar belakang dan kepakaran yang meluas—yang membantu membentuk tempat kerja kami. Kami komited terhadap pembangunan, kemajuan dan perbaikan keaslian, keperibadian dan personaliti para pekerja kami. Hasilnya, EC Innovations bangga menjadi perusahaan dengan pergantian karyawan yang relatif rendah dalam industri kami. Pasukan berdedikasi kami akan memberikan khidmat kepada anda untuk satu jangka masa yang panjang dan perbaikan perkhidmatan yang berterusan, dan kebanyakan hubungan dengan pelanggan kami telah bertapak lebih dari 10 hingga 15 tahun.
Sebagai penyedia penyelesaian bahasa terkemuka, EC Innovations mempunyai reputasi cemerlang di kalangan para pelanggan kami dalam perkhidmatan berkualiti tinggi yang diberikan. Selama lebih daripada dua dekad, kami telah menjadi rakan niaga perkhidmatan bahasa strategik jangka masa panjang kepada banyak syarikat Global 1000. Kadar pengekalan pelanggan VIP kami adalah 100% apabila diukur sepanjang tempoh 20 tahun. Peratusan pertumbuhan terbesar adalah daripada para pelanggan sedia ada kami yang telah mengesyorkan kami kepada rakan-rakan niaga mereka.
EC Innovations memberi penekanan yang kuat terhadap pembangunan dan penggunaan penyelesaian inovatif. Teknologi dalaman dan disesuaikan pelanggan kami meminimumkan pengurusan projek penyetempatan dengan mengautomasikan banyak tugas-tugas manual, yang menghasilkan penjimatan kos dan masa yang ketara. Teknologi kami adalah bermodul, berbeza dengan 'satu saiz untuk semua,' dan digunakan bagi memenuhi setiap keperluan khusus para pelanggan.
EC Innovations mempunyai 8 bahagian. Setiap bahagian hanya berkhidmat untuk satu industri. Para ahli bahasa, penulis iklan, pengurus projek bahagian, mempunyai pengalaman amali dan pengetahuan industri sepenuhnya. Kami memberikan perkhidmatan penyetempatan dan terjemahan dalam 8 industri berikut:
Pasukan terjemahan kami terdiri daripada penutur asli bahasa sasaran yang memegang peranan-peranan berikut:
ISO17100:2015
ISO13485:2016
ISO9001:2015
SAP PartnerEdge®
Kami telah membuat perbaikan ke atas sistem TBMS LPA kami secara berterusan selama lebih 15 tahun untuk memenuhi trend perniagaan dan keperluan pematuhan para pelanggan kami. Teknologi proprietari kami mendayakan automasi aliran kerja untuk pemindahan kandungan, penyediaan fail, sebutan harga segera, penyelenggaraan aset-aset bahasa, penilaian KPI, perlombongan data dalam membuat keputusan, penjanaan laporan kualiti terjemahan, antara lainnya. Perkara ini membolehkan kami memendekkan masa pusing balik dan merendahkan kos tanpa menjejaskan kualiti dan membuat penghantaran yang berterusan menjadi penyelesaian yang boleh dicapai. Rujuk TBMS LPA untuk maklumat lanjut.